Messy Eater No More!

Safiyyah makin bijak. Dah nak makan sendiri. Nak pegang sudu sendiri. Nak suap sendiri. Yes, sabar kena tebal bila nak bagi makan. Hahaha..for me lah. Sebab aku tak suka tengok comot-comot. Tak gemar tengok sepah-sepah. Tapi time dengan apak dia, memang ayah dia bagi je suap sendiri. Masa tu, aku kena bawa diri masuk bilik. Sebab aku boleh nangis tengok Safiyyah suap meja dan lantai. Hahaha.

Hello, I'm messy eater. I love to give my mum heart attack with these mess :)

Hello, I’m messy eater. I love to give my mum heart attack with these mess 🙂

 

Time baru boleh makan 6 bulan pun macam tu juga. Bagi dia baring, tinggi kan kepala. Tak nak tersedak ye puan-puan. Baru nak suap tiba-tiba kena sepak. Kecepek! Kat dahi lah. Kat bantal lah. Huaaaa! Bib pun tak jalan. Tapi sekarang senang, ada sudu yang boleh masuk puri untuk baby yang baru belajar makan. Time aku dulu, tak jumpa pula sudu ni. Nak beli time ni, Safiyyah dah nak masuk 15 bulan dah mula makan semi solid/solid. Lembik-lembik tak mahu. Aku rasa ramai dah tahu produk ni. BOON Squirt Spoon. So easy! No more mess! Alahai senangnya kerja camni. Rupa nya cam gambar kat bawah ni.

 

 

credit: Google

credit: Google

 

Senang kan? Masuk kan je puri dalam tu. Picit ikut perlahan-lahan. Tak comot, tak kotor. Ibu-ibu macam aku yang clean freak pun happy! Nanti nak beli kalau ada rezeki untuk baby no. 2 😉

Truly,

Mimie

 


Berminat untuk dapatkan produk ini? Boleh try tengok di link berikut:

http://shop.rojakstyle.com/boon-squirt-feeding-spoon/

Leave a Reply