Breastfeeding. Susah ke?

Alhamdulillah syukur sangat-sangat safiyyah dh besar. kejap je. Last time tulis blog, untuk birthday safiyyah yg pertama. Sekarang safiyyah dah pandai jalan, gigi dah banyak, akal pun dah banyak. nak makan sendiri, nak ajak jalan, nak conteng kertas. Alhamdulillah. Safiyyah agak lewat jalan..merangkak pun umur 11 bulan. Tapi xde lah nk pressure dia, sebab bagi aku lain budak lain lah kan? Janji sihat. tapi aku pressure sebab orang asek tanye dah pandai jalan? Huhu..tak pe lah lambat, janji sihat. Tu je yang boleh aku cakap.

Back to the topic, masa safiyyah lahir, aku lambat bagi susu (baby keluar 9.20pm, aku habis jahit 11lebih). Nurse cakap baby dh nanges lama sebab lapar. Bukan salah saya nurse, doktor jahit lambat sampai hilang rase bius. Huhu.. Dapat baby, terus suap miss B. But still nanges. Datang seorang nurse tanya, boleh tak? Ada susu x? Aku jawab lah tak tahu. Dia try urut kan. Alhamdulillah ada. So, bagi lah kat baby until dia tertidur.

Balik rumah, baby macam tak puas susu. MIL suruh husband beli FM utk baby. Susu aku tak cukup katanya. Aku nanges sorang2 dalam bilik sedih. Rasa useless sangat tak dapat bagi susu. Rasa tak dapat tunaikan tanggung jawab as a mother time tu. But husband very supportive. Dia galakkan aku bg direct BF pada baby. Macam-macam dia bantu aku untuk banyakkan susu. Jaga makan aku. Sediakan makanan yg boleh bagi instant energy utk aku BF. Masa tu ktorg just guna manual pam utk pam susu.

Ramai cakap baby aku nanges slalu sebab tak cukup susu. Sedih ya. One day, aku pergi berurut. Aku tanya makcik tu camne nak bg susu banyak (Dia tukang urut diiktiraf KMM utk kelab penyusuan). Dia urut dan cakap banyak je ni. Yang penting jaga makan dan happy slalu.

Jadi ibu BF ni buat aku hilang rasa malu untuk cari ilmu. Beli lobak putih kat kedai, aku tanya akak jual sayur tu selain lobak putih, sayur apa yang bagus. Tengok ibu yg tengah BF aku sembang dengan dia ttg berat baby (safiyyah ringan ya). Dia cakap, anak dia pun under weight tapi they are our kids, pedulikan apa orang nak cakap. You go akak! (ohmaigod, my eyes tearing writing this).

Memang ada masa, takde apa yang keluar. Tapi kejap je. Minum air suam, bagi Safiyyah, alhamdulillah ada. Rezeki kamu sayang. Setakat ni dah masuk 15 bulan Safiyyah direct BF. Moga dipermudahkan rezeki untuk cukupkan 2 tahun.

Untuk ibu-ibu yang bakal menimang cahaya mata, banyakkan ilmu tentang penyusuan. Lapangkan dada dan niat lah untuk beri susu pada baby. Percaya lah pada rezeki Allah. Insha Allah 🙂

 

well yes, I face these everyday.haha..asalkan awak bahagia Safiyyah :)

well yes, I face these everyday.haha..asalkan awak bahagia Safiyyah 🙂

Truly,

Mimie

 


Berminat untuk dapatkan produk ini? Boleh try tengok di link berikut:

http://shop.rojakstyle.com/eve-love-lily-breast-pump/

 

 

Leave a Reply