Amalan Yang Menyebabkan Fakir- Part 2

Assalam sume. Jom kite sambung topik ritu..huhu..Rasa bersalah melengah2kn perkongsian ilmu.huhu..So kita ke amalan seterusnya.

Keenam, mendoakan yang buruk untuk anak. huhu..Ada ke mak ayah yang cmni ek? Sian anak tu. Kan anak kite. Nakal mane pun kalau kite slalu berbaik samaada perbuatan, pertuturan apatah lagi doa, aku percaya anak tu lama2 lembut gak hati dia. Didikan awal ni yang penting.

Ketujuh, memadamkan api dengan angin. Contoh mudah tiup lilin. Hari tu uztaz ada ajar cara nka padamkan lilin tp aku tak terdengar pulak..huhu..

Kelapan, biarkan umah bersawang. Hahaha..aku le tu. Seyes xsempat wei nak kemas sgt umah. Kalau kemas pun ala kadar (alasan ni, jangan tiru kemalasan ini). So lepas dengar ni terus aku cari mase buang sume sawang yang ade kat dalam umah. Sape yang nak fakir? Aku xnk.. Lagipun kan kemas, nampak le ada orang yg ddk umah tu

Kesembilan, tidur dalam keadaan telanjang. Err, xnak ulas boleh x? Malu le.

Yang terakhir, jalan melepasi orang tua. Yang ni best uztaz tu explain. Nak tau sejarah bacaan lepas rukuk ‘Sami Allah..’. Ceritenya camni, Saidina Umar dah terlambat nak solat jemaah dgn Nabi SAW sbb depan dia ada seorang Yahudi tua tgh berjalan. Dia xpotong lelaki tua tu tapi dalam hati dia cakap, nak jemaah dgn Nabi SAW mesti xsempat. Allah dgr suara hati Saidina Umar jadi Allah perintahkan malaikat Jibril tahan Nabi SAW drpd bangun lps rukuk sampai Saidina Umar sampai. Samian kan maksudnye mendengar. Hehe..Untungnya jadi sebahagian drpd solat.

 

Alhamdulillah, dah lepas hajat nak sampaikan ilmu yang xseberapa ni.. Harap dapat membantu 🙂

 

Truly,

Mimie

One Response

  1. tnzackj
    tnzackj March 3, 2014 at 2:50 pm |

    Dah pandai berblog la dia

    Reply

Leave a Reply